fbpx
Keadaan sebuah jana kuasa biojisim yang diletupkan di daerah Waeng, Narathiwat dekat Thailand malam tadi. FOTO IHSAN POLIS

Tiga letupan gegar Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NARATHIWAT, THAILAND – Sebuah loji jana kuasa biojisim dan beberapa kenderaan berat di daerah Waeng di sini diletupkan pihak tertentu dalam kejadian tiga letupan yang berlaku di berhampiran Sungai Golok tengah malam tadi.

Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 11.50 malam itu.

Jurucakap polis daerah Waeng berkata, buat masa ini, pihak forensik belum mengesahkan sama ada tiga letupan itu berpunca daripada bom atau sebaliknya.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Polis Daerah Waeng diketuai Kolonel Herman Chedi bersama tentera dihantar ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan dan mengepung kawasan tersebut.

“Kedudukan loji jana kuasa yang berada di tempat tinggi dan asap tebal menyebabkan pasukan keselamatan bimbang pihak tertentu melakukan serangan hendap.

“Kita hanya masuk untuk menjalankan pemeriksaan pagi tadi. Pelaku yang terlibat mungkin merancang serang hendap terhadap pasukan penyiasat sekiranya memasuki kawasan itu malam tadi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jurucakap itu berkata, berdasarkan siasatan, pihak yang melakukan perbuatan itu menyerbu pos pemeriksaan dan mengikat pengawal keselamatan sebelum memasuki loji selama 20 minit.

“Tiga letupan berlaku dengan setiap satunya dalam tempoh lima minit. Pelaku melarikan diri ke belakang loji. Siasatan mendapati kumpulan itu memasuki loji melalui kawasan bersebelahan Sungai Golok,” katanya.

Pada tahun lalu, dua loji elektrik biojisim di daerah Mae Lan, Pattani dan Saba Yoi, Songkhla dibakar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI