fbpx
Anwar ketika hadir di Karnival Usahawan Tenusu Madani Memacu Revolusi Pertanian Moden Menjana Ekonomi Rakyat di Kompleks Tenusu Farm Fresh di Taiping hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

Tidak peduli siapa, siasat kematian Zara Qairina – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LARUT – Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menegaskan kepentingan siasatan kes kematian pelajar sekolah agama, Zara Qairina Mahathir, 13, tanpa mempedulikan siapa yang terlibat.

Perdana Menteri memberi jaminan tentang isu tersebut, namun menyatakan perkara itu tidak perlu diperdebatkan termasuk membuat tuduhan liar.

“Seorang budak meninggal dunia, maki hamun semua orang. Anak VIP (orang kenamaan), cucu Tuan Yang Terutama (TYT).

“Saya kata kepada polis untuk siasat. Saya sudah beritahu, tidak peduli siapa,” katanya semasa berucap ketika mengunjungi kompleks tenusu syarikat Farm Fresh sempena Karnival Usahawan Tenusu Madani di sini hari ini.

Kata Perdana Menteri, masyarakat tidak perlu mengambil sikap untuk bergaduh tentang apa jua perkara.

Anwar sebelum ini memberi jaminan siasatan kematian pelajar sekolah agama itu akan dilakukan secara telus dan melangkaui sempadan politik dengan beliau sendiri mengikuti rapat kes berkenaan serta sentiasa mendapatkan perkembangan semasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI