fbpx
Dr. Muhammad Akmal memberi keterangan IPD Dang Wangi semalam.

Tidak akan berganjak walau seinci – Dr Muhamad Akmal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menegaskan beliau tidak akan berganjak walau seinci dalam isu Jalur Gemilang.

Menurut beliau, pendirian beliau dan Pemuda UMNO tersebut adalah demi agama, bangsa dan tanah air, malah ia adalah tanggungjawab semua pihak dalam negara.

“Tidak akan berganjak walau seinci. Akhir zaman orang benar dipandang salah, orang salah dipuja.

“Mudah untuk bercakap, tetapi sukar untuk dilaksanakan. Kami (Pemuda UMNO) tidak akan berganjak,” katanya dalam satu hantaran di media sosial awal pagi ini.

Terdahulu, media melaporkan Dr Muhamad Akmal Saleh memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi lewat malam tadi berhubung perhimpunan di Kepala Batas, Pulau Pinang pada Khamis lalu.

Peguam kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu, Aizat Azam dipetik berkata, Dr. Muhamad Akmal memberi kerjasama yang baik dan menjawab semua kira-kira 80 soalan ditanya pegawai penyiasat.

Dr. Muhamad Akmal disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN