fbpx
Tengku Muhammad Fauzi (hadapan, empat dari kiri) bersama sebahagian pegawai dan anggota tentera terlibat dalam kursus APAC di Dataran Jambatan Angkat Kuala Terengganu hari ini.

TDM sambut baik lantik bekas tentera jadi warden MRSM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Tentera Darat Malaysia (TDM) menyambut baik inisiatif Majlis Amanah Rakyat (Mara) melantik warden sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota pasukan keselamatan termasuk tentera untuk berkhidmat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Tengku Datuk Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim berkata, pelantikan itu membuka peluang kerjaya kedua buat veteran tentera selepas mereka bersara dalam perkhidmatan.

“Sebahagian anggota lain-lain pangkat akan pencen pada usia 40, 41 tahun setelah tamat 22 tahun dalam perkhidmatan dan masih lagi mempunyai pasaran (pekerjaan).

“Segala pengalaman yang mereka dapat dalam perkhidmatan ini dari aspek disiplin, fizikal dan spiritual (kerohanian) boleh dikongsikan dengan masyarakat,” katanya ketika ditemui di Dataran Jambatan Angkat Kuala Terengganu di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Penutup Kursus Asas Pasukan Atur Gerak Cepat (Apac) Siri 2/2025 melibatkan seramai 119 pegawai dan anggota TDM.

Tengku Muhammad Fauzi berkata, pengalaman dan kemahiran yang diperoleh veteran tentera sesuai digunakan untuk berkhidmat sebagai warden asrama.

Katanya, menjadi kerugian buat negara sekiranya kepakaran veteran tentera tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Kosmo! pada Khamis lalu melaporkan Mara melantik kumpulan pertama warden sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota polis dan tentera untuk bertugas di dua buah MRSM bermula lusa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN