fbpx
Sheikh Farouk

Sheikh Farouk CEO baharu TFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Bekas Pengarah Urusan Aeon Big (M) Sdn. Bhd., Sheikh Farouk Sheikh Mohamed Al-Bajrai dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu FC (TFC).

Beliau mengisi kekosongan ditinggalkan Mohd. Sabri Abas yang merupakan pegawai kerajaan negeri Terengganu sejak 4 Mei lalu.

Sepanjang kekosongan tersebut, jawatan CEO TFC dipangku Ketua Pegawai Operasi kelab, Mohd. Syahrizan Mohd. Zain.

Jurucakap Terengganu Football Club Sdn. Bhd. (TFCSB) berkata, pelantikan Sheikh Farouk yang merupakan Ahli Jawatankuasa Pemasaran dan Penajaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah dimuktamadkan dalam mesyuarat khas ahli lembaga pengarah pada 27 Julai lalu.

“Beliau yang juga Penasihat Persatuan Orang Pekak Malaysia telah melalui proses temuduga tertutup pada 8 Julai lalu.

“Pelantikan beliau merupakan langkah strategik memperkukuhkan peranan penswastaan kelab ke arah lebih profesional,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap TFCSB berkata, Sheikh Farouk diharap mampu menjadikan TFC sebuah kelab bola sepak tempatan yang berdaya maju.

Sementara itu, penyokong setia skuad Sang Penyu berharap pengalaman luas Sheikh Farouk dalam dunia korporat serta sukan dapat memberi nafas baharu kepada TFC untuk terus berdaya saing di pentas domestik dan antarabangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI