fbpx
MASON Greenwood (kanan) gagal memastikan kemenangan Marseille apabila tewas 0-1 kepada Rennes awal pagi tadi. - AFP

Salah sendiri punca Marseille rebah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RENNES – Hasrat Marseille untuk membuka kempen musim baharu Ligue 1 Perancis berakhir kecewa apabila pulang hampa dengan tangan kosong selepas tewas 0-1 kepada Rennes awal pagi tadi.

Barisan pemain Marseille perlu menyalahkan diri sendiri kerana gagal mengambil kesempatan terhadap situasi Rennes yang terpaksa bermain dengan 10 orang selepas Abdelhamid Ait-Boudlal dilayangkan kad merah pada minit ke-31.

Sebaliknya, Rennes yang Berjaya meraih tiga mata dalam aksi di Roazhon Park itu menerusi jaringan lewat permainan daripada Ludovic Blas pada minit ke-90+1.

Pengendali Marseille, Roberto De Zerbi ternyata tidak gembira dengan kekalahan itu disebabkan penguasaan besar 73 peratus dimiliki anak-anak buahnya yang turut melakukan keseluruhan 24 percubaan sepanjang perlawanan.

“Apa yang berlaku hari ini sangat mengecewakan. Saya sendiri terkejut dan marah apabila kami tewas sedangkan lawan bermain hanya 10 pemain,” katanya.

Kepulangan bekas penyerang, Pierre-Emerick Aubameyang juga gagal membantu Marseille untuk merakam kemenangan biarpun dimasukkan sebagai pemain gentian dalam perlawanan itu.

Kekalahan itu meleburkan rekod tanpa kalah Marseille dalam 11 perlawanan berturut-turut sejak mereka tewas 0-3 kepada AS Monaco Ketika saingan Ligue 1 musim lalu pada 12 April lepas.

Kini, Marseille perlu segera bangkit menjelang perlawanan liga seterusnya menentang Paris FC di Stade Velodrome pada 23 Ogos ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN