PETALING JAYA – Isu buli di sekolah berasrama kembali menjadi bualan netizen apabila seorang pengguna media sosial berkongsi ‘rahsia’ bagaimana dia mampu ‘survive’ lima tahun duduk hostel tanpa pernah menjadi sasaran.
Menerusi hantaran di platform X, pengguna akaun Nasjahar yang mengaku tinggal di asrama sejak tingkatan satu mendedahkan strategi mudah sahaja iaitu dengan menyertai semua aktiviti sukan sehingga tiada masa untuk orang mengusik.
“Pergi aktif semua jenis sukan. Jadi wakil sekolah kalau boleh. Bola sepak, ragbi, olahraga, takraw… semua sapu. Sibuk main, tak sempat orang nak kacau,” tulisnya.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi, termasuk daripada pengguna lain.
“Kalau dah tahu senior selalu lepak pukul 11 di situ, jangan lalu. Lay low (merendah diri), jangan terlalu menonjol. Sabar, tunggu je jadi senior,” kata Saham Ruimizer.
“Hormat senior.. sentiasa ucap salam dan senyum. Kadang-kadang senior ni cari target (sasaran) budak kerek. Kalau kita selalu senyum kat dia, serba salah dia nak buli kita,” tulis Yanntt85.
“Stop (hentikan) tayang drama atau filem berunsurkan buli, ” kata Rsymhkm. – KOSMO! ONLINE