fbpx
TONGGAK import, Alvin Fortes (kiri) turut menghasilkan satu jaringan bagi melengkapkan kemenangan 3-1 Selangor FC ke atas Malaysian University di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi. - SELANGOR FC

Piala FA: Dua gol Faisal julang Selangor FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selangor FC menepati ramalan untuk memenangi aksi pertama pusingan 16 Piala FA dengan menewaskan Malaysian University 3-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Dalam perlawanan itu, Faisal Halim yang turun selaku kapten meledak dua gol diikuti satu lagi jaringan dihasilkan oleh Alvin Fortes, kesemuanya terhasil pada babak pertama.

Terdahulu, The Red Giants yang menyenaraikan ramai pemain muda dalam kesebelasan utama hanya memerlukan empat minit untuk membuka jaringan menerusi Faisal.

Selang 20 minit selepas itu, anak buah Katsuhito Kinoshi makin selesa menyaksikan Fortes berjaya menyempurnakan umpanan Omid Musawi bagi memastikan gol kedua perlawanan.

Seorang lagi pemain import Selangor FC, Noor Al-Rawabdeh yang sebelum ini mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) membuktikan dirinya masih memiliki sentuhan ajaib apabila mencipta hantaran berkualiti untuk disudahkan oleh Faisal pada minit ke-44.

Minit ke-83, Muhammad Aiman Danial Che Ramlan berjaya merampas bila daripada Moses Raj sebelum tenang melakukan penyudah bagi memastian jaringan saguhati buat Malaysian University.

Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi pada 13 September ini, juga dilangsungkan di venue sama. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI