fbpx
Gambar fail kumpulan terakhir jemaah haji Andalusia Travel bagi musim haji 1446H/2025 selamat tiba di tanah air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada 10 Julai lalu.

Jemaah haji puas hati layanan petugas Andalusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Jemaah haji yang menunaikan Rukun Islam kelima musim ini bersyukur dan berpuas hati dengan pengurusan yang dikendalikan Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd.

Ketua sukarelawan, Hazizi Hashim, 45, dari Melaka berkata, meskipun cuaca di Tanah Suci panas terik, perjalanan ibadah berjalan lancar hasil komitmen petugas dan 30 sukarelawan yang turut sama membantu kelancaran operasi.

“Dari segi pengurusan memang terbaik, cuma saya cadangkan jumlah sukarelawan ditambah pada musim akan datang supaya tugasan dapat dibahagi dengan lebih teratur,” katanya ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Hazizi ketika ditemui pada Majlis Perjumpaan Ukhwah Jemaah Haji Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. di Kuala Lumpur hari ini. – Foto oleh ISKANDAR ISHAK / KOSMO!

Seorang lagi jemaah, Mohamad Salim, 66, dari Marang turut berpuas hati dengan layanan yang ditawarkan Andalusia sepanjang berada di Mekah dan Madinah.

“Alhamdulillah, hotel, pengangkutan, jadual makan dan pengurusan di Mina semuanya teratur. Petugas Andalusia juga begitu komited dan sentiasa menepati masa,” ujarnya.

Mohamad ditemui pada Majlis Perjumpaan Ukhwah Jemaah Haji Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. di Kuala Lumpur hari ini. – Foto oleh ISKANDAR ISHAK / KOSMO!

Katanya, pemilihan syarikat Andalusia dibuat selepas beliau meneliti pakej yang ditawarkan selain maklum balas positif daripada jemaah haji terdahulu.

“Bila dibandingkan dengan agensi-agensi lain, Andalusia dilihat lebih tersusun dan menawarkan harga berpatutan,” katanya.

Pada musim haji tahun ini, seramai 555 jemaah haji dibimbing Andalusia dengan bantuan 20 petugas dan sukarelawan terpilih.– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN