fbpx
Anthony ketika mengibarkan Jalur Gemilang bersama komuniti Pelabuhan Klang di Klang, hari ini.

Jangan hilang fokus insiden Jalur Gemilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Sambutan Hari Kebangsaan seharusnya menjadi manifestasi menyatupadukan rakyat meskipun berlaku beberapa insiden melibatkan Jalur Gemilang.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, insiden tersebut sepatutnya membuatkan rakyat termasuk komuniti Pelabuhan Klang untuk tidak hilang fokus kerana Jalur Gemilang itu adalah lambang perpaduan kita.

“Ini sekali gus mengingatkan kepada kita bahawa kecintaan kepada negara perlulah disemat dalam naluri kehidupan kita khususnya komuniti Pelabuhan Klang dan logistik.

“Paling penting adalah kita bersama-sama berusaha bersungguh-sungguh termasuk dalam mengangkat sektor logistik kita yang merupakan tulang belakang kepada ekonomi negara,” katanya ketika berucap merasmikan program kibarkan Jalur Gemilang Komuniti Pelabuhan Klang.

Sebelum ini, insiden Jalur Gemilang dipasang terbalik termasuk pada sebatang besi di sebuah kedai perkakasan di Pulau Pinang yang mencetuskan perasaan kurang senang masyarakat seluruh negara.

Setakat ini, polis merekodkan sebanyak 38 laporan telah diterima di seluruh negara melibatkan 17 di Pulau Pinang dan 21 di negeri-negeri lain.

Dalam pada itu, Anthony Loke menekankan misi besar komuniti Pelabuhan Klang yang kini tersenarai antara 10 pelabuhan tersibuk di dunia seterusnya memastikan ekonomi negara terus berkembang maju.

Tambahnya, perasmian Menara Dius Api, Jabatan Laut Malaysia baru-baru ini yang berperanan sebagai kawalan trafik maritim yang diharap terus memperkasakan peranan Pelabuhan Klang.

“Sekarang ini, kita sedang merangka untuk memastikan pembangunan Pulau Carey sebagai pelabuhan ketiga akan dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Justeru, Pelabuhan Klang dan komunitinya akan terus limpahan ekonomi cukup besar dengan ada pelbagai projek pembangunan akan dilaksanakan di sini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI