fbpx
NEWCASTLE perlu cuba menyesuaikan diri tanpa kelibat Isak menjelang aksi menentang Villa selepas isu perpindahan yang menyelubungi pemain itu. - AFP

EPL: Newcastle perlu ‘belajar’ lupakan Isak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Newcastle United, Eddie Howe sedia memulakan ‘era’ baharu pasukan tanpa kelibat penyerang utama, Alexander Isak menjelang aksi pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Aston Villa malam ini.

Sebagai rekod, pengurusan Newcastle dikritik hebat apabila gagal menangani ‘saga’ perpindahan melibatkan Isak selain tawaran untuk mendapatkan beberapa penyerang baharu seperti Benjamin Sesko dan Hugo Ekitike telah ditolak sepenuhnya.

Kini, Howe sedia menggunakan pemain sedia ada selepas Isak disisihkan daripada kem skuad senior sehingga segala isu dapat diselesaikan.

“Saya rasa apa yang berlaku sepanjang jendela perpindahan kali ini memberi gambaran negatif buat pasukan. Ia juga cabaran buat kami terutama tanpa kelibat Isak yang dianggap sebagai penyerang terbaik dunia ketika ini.

“Namun, sekarang pasukan sedia membuka lembaran baharu tanpa Isak dan cuba untuk meraih keputusan positif pada perlawanan pertama bertemu Villa kali ini,” katanya.

Sementara itu, Howe mengakui tiga pemain baharu yang ditandatangani, Anthony Elanga, Aaron Ramsdale dan Malick Thiaw sedia untuk membuat penampilan debut pada aksi di Villa Park nanti.

“Saya teruja dengan kehadiran Thiaw sekalu pemain pertahanan berkualiti selain Ramsdale yang terkenal dengan karakter hebat selaku penjaga gol. Elanga pula ada daya tarikan tersendiri dan mereka dijangka menyerlah musim ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI