fbpx
Anggota bomba memadamkan kebakaran di rumah kedai di Taman Sentosa Klang, hari ini.

Empat termasuk tiga beranak diselamatkan bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Empat termasuk tiga beranak berjaya diselamatkan bomba selepas terperangkap di tingkat tiga dalam kebakaran rumah kedai di Taman Sentosa Klang.

Kesemua mangsa termasuk lelaki warga emas yang diselamatkan berusia 22 hingga 81 tahun.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, seramai 14 anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pukul 5.43 pagi.

Katanya, ia melibatkan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Andalas, Klang Selatan dan Utara bersama dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah lori tangki air.

“Komander operasi melaporkan kejadian melibatkan rumah kedai tingkat tingkat dengan kebakaran berlaku di tingkat satu.

“Terdapat empat mangsa yang terperangkap di tingkat tiga akibat asap tebal telah menghalang laluan tangga,” katanya hari ini.

Jelasnya, bomba kemudiannya berjaya membawa turun kesemua mangsa dengan kebakaran berjaya dikawal pada pukul 6.16 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN