fbpx
Mohd. Na'im

Doa orang dizalimi, dibuli tiada hijab di sisi Allah – Mohd Na’im

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Para pembuli diingatkan bahawa doa orang yang mereka zalimi tiada hijab disisi Allah S.W.T, malah terus diangkat ke langit.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, pembuli mungkin tertawa melihat orang menderita, tetapi mungkin menangis melihat anak sendiri pula jadi mangsa.

“Buli adalah perbuatan keji yang bukan sahaja mendatangkan kesan fizikal, tetapi juga meninggalkan luka emosi yang dalam.

“Sedarlah buli bukan sekadar menyakitkan tubuh, tetapi mematahkan hati dan memadamkan harapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Mohd Na’im menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menghentikan segala bentuk perbuatan buli.

Menurut beliau, Islam mengajar untuk bersikap lemah lembut, menghormati sesama manusia dan saling mengasihi serta menjaga hak dan maruah setiap insan dengan penuh ihsan.

“Sabda Rasulullah SAW, sesiapa yang tidak menyayangi, nescaya dia tidak akan disayangi,” katanya.

Justeru, kata beliau, setiap insan perlu menjauhi kezaliman walau sebesar zarah kerana azab Allah S.W.T amat pedih lagi keras.

“Marilah kita hidup dalam penuh kasih sayang, saling membantu dan menghormati. Buli mesti dihentikan, kasih sayang perlu disuburkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI