fbpx
Gambar hiasan.

Datuk Seri antara ditahan bantu siasatan tipu pelaburan MBI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Beberapa lagi individu ditahan bagi membantu siasatan skim penipuan pelaburan melibatkan MBI International Group (MBI) dalam serbuan Op Northern Star, baru-baru ini.

Perkara itu disahkan Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman, Datuk Muhammed Hasbullah Ali hari ini.

Beliau berkata, penahanan itu turut membabitkan individu bergelar Datuk Seri.

Bagaimanapun hasil operasi tersebut akan dikongsikan oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail dalam masa terdekat.

Sebelum ini, media melaporkan sebanyak 17 individu ditahan dengan jumlah keseluruhan aset dibekukan dan disita sebanyak RM3.81 bilion berkaitan kes penipuan pelaburan MBI.

Tangkapan melibatkan usahawan bergelar Tan Sri dan Datuk Seri dipercayai menjadi proksi serta rakan perniagaan dalam skim penipuan pelaburan itu ditahan di Lembah Klang dan utara tanah air. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI