fbpx
SEMENYO (kiri) meledak dua gol buat Bournemouth yang akhirnya terpaksa akur tewas juga awal pagi tadi. - AFP

Bournemouth bangga hampir ‘gigit’ Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Pengurus Bournemouth, Andoni Iraola dihimpit perasaan bercampur baur selepas memulakan musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kekalahan 2-4 kepada juara bertahan, Liverpool di Anfield awal pagi tadi.

Di sebalik kekecewaan kerana tewas, Iraola dapat menyaksikan perkara positif dipamerkan anak-anak buahnya dan pastinya mempelajari sesuatu dalam perlawanan kali ini.

“Sangat gembira dengan prestasi pasukan dan saya fikir kami terlepas peluang untuk mendapatkan sesuatu daripada perlawanan ini.

“Saya akan katakan kami bermain baik untuk menyamakan kedudukan 2-2. Cumanya saya tidak fikir kami lepaskan empat gol dalam perlawanan ini.

“Apabila kami sudah memperoleh momentum ketika menyamakan kedudukan, kami biarkan gawang kami dibolosi dengan cara mudah,” katanya.

Pada perlawanan itu, penyerang baharu The Reds, Hugo Ekitike terlebih dahulu membuka tirai jaringan selepas berjaya melepasi kawalan barisan pertahanan lawan sebelum Cody Gakpo menggandakan kedudukan di awal babak kedua.

Antoine Semenyo meledak kedua-dua gol Bournemouth untuk mengikat kedudukan 2-2, namun Federico Chiesa dan Mohamed Salah melengkapkan dua lagi gol memastikan kemenangan buat Liverpool.

“Memang benar Chiesa melakukan penyudah dengan baik, sebab itu mereka adalah pasukan bagus walaupun ada ketikanya mereka juga bergelut.

“Ada juga perkara yang saya boleh banggakan apabila pemain sudah beri segala-galanya dalam perlawanan ini,” tambah Iraola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN