fbpx
Dina ketika memuat naik video di TikTok mengenai wang RM1.3 juta yang diperintahkan mahkamah untuk dikembalikan kepada dia dan adik-beradiknya.

[VIDEO] ‘Wang RM1.3 juta itu hak adik bongsu lelaki dan perempuan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Apa yang ditakdirkan milik kita, tetap untuk kita walau macam mana pun orang ambil.”

Demikianlah kata-kata anak kepada pengasas produk kecantikan terkenal Dnars, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad berhubung keputusan mahkamah mengenai wang berjumlah RM1.3 juta.

Menurut video dimuat naik Irdiena Hakim Jasman di akaun TikToknya, dia berkata wang tersebut merupakan hak kepada adik bongsu lelaki dan perempuannya.

Katanya yang kini sedang aktif menerajui syarikat Dnars, pada awal duit tersebut ‘menghilang’ dia dan adik-beradiknya tidak mengharapkan apa-apa namun percaya dengan kuasa Allah yang Maha Adil.

“Pada awal duit ni ‘pergi’ macam tu je, kami adik-beradik tidak mengharapkan pun akan dapat balik jumlah itu atau akan diletakkan balik dan dibahagikan secara adil.

“Tapi apakan daya Tuhan itu Maha Adil dan kuasa tu di tangan Tuhan. Dan itu adalah hak adik bongsu lelaki Dina dan bongsu perempuan.

“Ya betul hak Dina ada je, tapi Dina tak ambil lagi. Tapi bagi Dina ini sekarang bukan tentang harta. Ini tentang hak dan adil,” katanya.

Irdiena turut berkata, pada awalnya dia tidak mahu mengulas panjang mengenai isu tersebut, namun disebabkan telah menanti lama, maka berita gembira itu dikongsikan kepada para pengikutnya.

Dia juga sempat menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai kerana mendoakan agar dirinya sekeluarga mendapat keadilan tersebut.

“Walaupun masa berlalu, tapi Allah tak pernah tidur. Apa yang ditakdirkan milik kita, tetap untuk kita walau macam mana pun orang ambil.

“Tapi apa yang bukan milik kita, apa yang bukan takdir kita, yang itulah kita kena ikhlaskan, kita kena reda. Konsep hidup ni senang je, kalau bukan harta kita janganlah maka. Kalau bukan hak kita jangan ambil, kalau tidak akan terjerat diri,” katanya.

Sementara itu, Irdiena turut menyerahkan kepada Tuhan tentang kematian Allahyarham ibunya yang maut dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand pada 2019.

“Macam mana dengan kematian mami (ibu) dekat Pattani, yang menghembuskan nafas dekat sana, yang itu pun saya tidak mengharapkan keadilan.

“Tetapi kita tak tahu apa yang akan terjadi masa hadapan sebab Allah je yang Maha Mengetahui semua benda,” katanya.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Kelantan memerintahkan suami kepada pengasas produk kecantikan terkenal Dnars, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 48, untuk mendepositkan semula wang tunai sebanyak RM1.3 juta milik Allahyarham isterinya, Faziani Rohban ke dalam akaun pentadbir bersama harta pusaka wanita itu.

Hakim Zaini Sulaiman mengarahkan wang tersebut dimasukkan dalam tempoh 30 hari ke akaun yang turut dipegang oleh anak sulung arwah iaitu Aqbar Hakim Jasman, 25, selepas membenarkan permohonan waris.

“Wang tunai milik Allahyarham yang diambil plaintif dari peti besi dan kini berada dalam milikan peribadi. Jadi, ia perlu dimasukkan ke akaun berkenaan sebelum mahkamah memutuskan tuntutan harta sepencarian,” katanya.

Allahyarham Faziani Rohban memiliki lapan orang anak terdiri daripada empat orang anak kandung dan empat orang anak tiri hasil perkahwinannya sebelumnya dan bersama suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim.

Pada 18 Mei 2019, Allahyarham Faziani Rohban, berusia 40 tahun, meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand dalam kenderaan dipandu oleh suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim. – KOSMO! ONLINE

@dnarfaziani4 1.3juta .. Al-Fatihah Faziani Rohban. Semoga apa yg dnar kongsikan dalam live dnar jam 11 pagi esok untuk supporters arwah mami #dnarsskincare ♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI