fbpx
Tangkap layar video tersebut memaparkan keputusan 'straight' A pelajar tersebut dalam peperiksaan A-Level.

[VIDEO] Raih ‘straight’ A dalam A-Level, keluarga jerit ‘welcome to Australia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pelajar berkongsikan berita gembira meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan A-Level sekali gus melayakkan dirinya untuk menyambung pengajian ke luar negara.

Menerusi video tular dimuat naik @sdtlaishahh di akaun TikToknya, gadis berusia 19 tahun itu pada mulanya bersama-sama dengan keluarga bagi menyemak keputusan terbabit.

Kelihatan bukan hanya pelajar itu sahaja malah seluruh keluarga berasa gementar sebelum melihat keputusan peperiksaan tersebut keluar.

Apabila keputusan keluar, gadis itu yang juga pelajar Kolej Mara Seremban menjerit gembira sambil memeluk ahli keluarganya dalam keadaan masih tidak percaya.

Di penghujung video, mereka sekeluarga sempat melambai ke video sambil menyebut ‘welcome to Australia’ dimana destinasi yang bakal dituju oleh pelajar tersebut untuk menyambung pelajaran.

Sementara itu di ruangan komen, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sempat meninggalkan komen di video tersebut.

“Tahniah! Ingat belajar bersungguh-sungguh dengan niat satu hari nanti balik untuk berbakti kepada keluarga, Agama, Bangsa dan Negara. Hanya Ilmu boleh mengubah kehidupan,” tulisnya.

Sehingga kini video tersebut mendapat lebih 923,000 tontonan, 96,400 tanda suka dan 3,586 perkongsian.

Di ruangan komen, terdapat ramai pengguna media sosial menitipkan ucapan tahniah dan doa agar pelajar tersebut terus meraih kejayaan pada masa hadapan.

“Golongan B40 yang dapat keputusan cemerlang memang buat aku sebak dan gembira. Individu inilah yang memecah tradisi untuk mengubah nasib keluarga,” komen Diena.

“Apabila biasiswa tu dapat pada orang yang tepat. Terus terbang tinggi dik. Semoga dipermudahkan segala urusan menuju kejayaan yang berkat,” komen Miya. – KOSMO! ONLINE

@sdtlaishahh alhamdulillah, thank you Allah for everything🫶 #alevel #australia ♬ original sound – Jawan🎸

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI