fbpx
Caption Tangkap layar insiden dua kereta saling melanggar di Jalan Sekerat, Sungai Petani.

[VIDEO] Pemandu Grand Livina, Corolla lawan berlanggar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Polis sedang menyiasat satu insiden tular di media sosial memaparkan pelanggaran dua buah kereta masing-masing jenis Nissan Grand Livina dan Toyota Corolla di Jalan Sekerat, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, video tular tersebut dikesan pada pukul 8.30 malam tadi dan berdasarkan laporan diterima, kejadian dipercayai berlaku pada pukul 1.35 petang apabila seorang lelaki berusia 30-an mendakwa kereta jenis Nissan Grand Livina miliknya telah dilanggar lari oleh pemandu Toyota Corolla dipandu lelaki lingkungan 40-an di lokasi berasingan.

“Mangsa kemudian mengekori kenderaan terbabit sejauh kira-kira satu kilometer hingga ke Jalan Sekerat.

“Apabila menyedari diekori, pemandu Toyota itu dipercayai bertindak berpusing semula sebelum melanggar sisi kanan kereta mangsa,” katanya

Katanya, pemandu Toyota tersebut kemudian keluar dari kenderaannya, mencabar serta memaki hamun mangsa, sebelum beredar dan pulang ke rumahnya.

“Setakat ini pemandu Nissan Grand Livina serta ibu kepada pemandu Toyota Corolla, telah tampil membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut, manakala punca dan motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI