PETALING JAYA – Warga ibu kota dikejutkan dengan penampakan seorang lelaki mengendong sebuah beg galas besar berwarna biru sambil melalui laluan pejalan kaki.
Menerusi video tular di TikTok pengguna @wbbb_ttt, lelaki tersebut sebenarnya sedang membantu Google mengemas kini paparan ‘street view’ untuk kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Beg galas tersebut sebenarnya dikenali sebagai ‘trekker’ iaitu sistem kamera mudah alih khas ‘street view’ milik Google.
Ia bukan sekadar alat biasa, tetapi merupakan peralatan rasmi untuk kawasan yang hanya boleh diakses dengan berjalan kaki seperti jejantas atau lorong pejalan kaki serta laluan yang tidak dapat dicapai oleh kenderaan biasa.
Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang teruja lelaki itu dan berharap gambar mereka sempat ditangkap oleh alat tersebut.
“Tadi ada nampak dekat Jalan Raja Laut, dah cuba nak masuk kamera harap dia sempat ambil gambar saya,” komen Aziel.
“Nak semak nanti ada muka saya ke tak dal Google Maps,” komen Achong.
Sementara itu ramai juga berminat dengan pekerjaan tersebut yang dianggap unik kerana dapat mengeluarkan peluh sambil berjalan keliling bandar.
“Siapa tahu macam mana nak mohon kerja ni sebab saya suka sangat berjalan. Lagi-lagi di Kuala Lumpur,” komen Aisy.
“Sambil berjalan sambil kurus tahu-tahu masuk gaji, macam mana nak mohon,” kata Syikin. – KOSMO! ONLINE
@wbbb_ttt 🇲🇾 KL!! Feels like half the city got “caught on camera” today.. OMG! Just spotted a Google Maps scout IRL 👀 Dude was carrying this MASSIVE backpack rig – looks heavier than my gym weights 😳 . Turns out it’s a literal human-sized Street View scanner!! Lowkey wanna check Maps later to see if I made a cameo LOL 📸 . #google #googlemap #jet2holidays #malaysia #kualalumpur ♬ 原聲 – 渐斌果子