fbpx
Orang ramai meluahkan rasa marah dengan tindakan kejam seorang remaja didakwa membaling objek keras terhadap beberapa ekor anak anjing dalam kejadian dipercayai di Kudat, Sabah.

[VIDEO] ‘Biarpun anjing, nda layak kamu kasi mati begitu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang ramai meluahkan rasa marah dengan tindakan kejam seorang remaja didakwa membaling objek keras terhadap beberapa ekor anak anjing dalam kejadian dipercayai di Kudat, Sabah.

Menerusi video tular pada Facebook, kejadian itu didakwa berlaku di sebuah pangsapuri dan rakaman itu kelihatan seorang remaja lelaki membaling sesuatu objek ke arah haiwan berkenaan.

Anak-anak anjing tersebut berada di atas lantai serta tidak mengganggu sesiapa dan sebaik sahaja remaja itu membaling objek, kedengaran suara haiwan tersebut.

Susulan itu, orang ramai marah dengan tindakan kejam remaja tersebut selain ada yang berharap dia dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

“Nda tau apa mau jadi budak sekarang ni. Umur baru berapa, belajar suda buat jahat sama binatang. Biarpun anjing, nda layak kamu kasi mati begitu. Patut la hari tu bising betul anjing-anjing di bawah rumah. Kurang ajar ba begini ni. Ada lagi video dia orang ikat anjing tu lepas tu hantak (hentak) pigi (pergi) dinding,” kata Nur Saheera Nadia yang memuat naik video tersebut.

“Perangai dia orang ni kalah anjing. Cuba dia orang ni jadi anjing tu kena buat begitu. Agak-agak lah ba, tidak pula mana-mana agama suruh zalim dengan anjing atau binatang. Kecuali binatang tu mendatangkan mudarat,” komen Cik Nor Aini pada Facebook.

“Tangkap lah ni, nda guna kasi biar bebas. Mula-mula anjing, nanti apa lagi,” kata Syarifah Amyrah Mohd Amin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI