fbpx
Zizan dipuji ramai selepas acapkali membantu orang susah termasuk rakan seindustri.

‘Tiada niat riyak, rezeki Allah bukan 100 peratus milik kita’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan pelakon dan pengacara, Zizan Razak memberi bantuan kepada pelawak, Amir Raja Lawak bukan untuk menunjuk-nunjuk atau riyak sebaliknya ingin meringankan beban rakan seindustri.

Menurut Zizan atau nama sebenarnya Mohd. Razizan Abdul Razak, 41, bantuan yang diberikan adalah ikhlas meski hubungan mereka bukan teman yang rapat.

“Sebenarnya, Amir tak mencari saya pun tetapi saya yang hubungi tanya bagaimana keadaan dia, seperti yang kalian baca dalam perkongsiannya.

“Walaupun kami tidaklah rapat sangat tetapi sebab dia lahir dari program yang sama iaitu Raja Lawak.

“Saya bukan sahaja bantu rakan artis tetapi juga orang luar yang tak kenal pun. Allah SWT beri rezeki bukan 100 peratus untuk kita tetapi ada bahagian yang perlu kita berbahagi dan demi kebaikan bersama,” katanya.

Dia dalam masa sama mengakui bimbang sekiranya bantuan yang dihulur disalah anggap sebagai riyak atau sngaja menunjuk-nunjuk.

Tambahnya, bantuan bukan sahaja boleh diberikan dengan wang tunai tetapi dengan pelbagai cara lain termasuk menguar-uarkan kepada masyarakat.

“Saya takut sebenarnya, kalau boleh nak diam-diam sahaja selepas menderma tapi mungkin orang tak nampak perkara tersebut.

“Bukan nak tunjuk saya baik tapi mahu beri inspirasi kepada orang lain.

“Nak bantu orang bukan soal duit sahaja, kita ada tangan, tenaga dan suara. Semua ini pun boleh bantu orang sekeliling kita.

“Takut ada pihak yang lihat benda ini sebagai riyak dan sebab itu saya tak akan komen dalam mana-mana hantaran berkaitan hal tersebut, saya diam sahaja,” jelasnya.

Terdahulu, nama Zizan menjadi sebutan ramai selepas Amir memuat naik hantaran dalam Instagram mendedahkan menerima bantuan daripadanya.

Bantuan tersebut dihulur selepas Amir merayu sebuah stesen televisyen melunaskan segera hutang berjumlah RM18,000.

Kata Amir, wang tersebut amat diperlukan bagi menampung kos rawatan dan keperluan harian ayahnya yang kini uzur dan menghidap kanser usus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI