fbpx
HELEN bersama suami dan bayi yang baru lahir dan anak perempuannya. - Foto SWNS/Michael Green

Sangka sakit perut, wanita lahirkan bayi dalam tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TORONTO – Seorang wanita yang tidak sedar hamil melahirkan seorang bayi  di dalam  tandas sebuah hotel semasa bercuti di Kanada, lapor akhbar berita New York Post semalam.

Helen dari Bristol, Britain dan suaminya, Michael Green yang masing-masing berumur 45 tahun tiba di Toronto, Kanada pada 21 Mei lalu bersama anak perempuan mereka, Darcy, 6, untuk bercuti.

Helen yang bekerja dalam bidang perkhidmatan kewangan tidak menyedari dia hamil sembilan bulan.

Ketika terjaga tengah malam kerana sakit perut dan masuk ke tandas dia tiba-tiba merasa dorongan untuk meneran, namun terkejut apabila melahirkan seorang bayi.

“Ini kejutan besar, tetapi juga satu kejutan yang sangat indah,” kata ibu itu yang gembira selepas bayi perempuannya, Olivia dilahirkan dan kini berusia 11 minggu.

Suaminya, Michael terjaga apabila mendengar tangisan Olivia, yang dilahirkan dengan berat 3.7 kilogram. 

Michael segera menghubungi pasukan paramedik. Isteri bersama bayi segera dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan pemantauan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI