fbpx
Poster amanat PM yang dimuat naik di media sosial.

PM beri amanat penting kepada penjawat awam petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyampaikan amanat penting kepada penjawat awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam kali ke-20 (MAPPA XX) hari ini pukul 3.15 petang, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Majlis yang bertemakan ‘Perkhidmatan Awam Madani Teras Kecemerlangan’ itu bertujuan memperkukuhkan semangat dan komitmen penjawat awam dalam menjalankan tugas sebagai tonggak utama pembangunan negara.

MAPPA XX akan disiarkan secara langsung menerusi saluran TV1, Berita RTM, MYTV serta platform media sosial rasmi kerajaan seperti YouTube dan Facebook, bagi memastikan semua penjawat awam serta rakyat Malaysia dapat mengikuti amanat yang disampaikan Perdana Menteri.

Majlis berkenaan dijangka menjadi pentas utama bagi menyuntik inspirasi dan motivasi kepada penjawat awam untuk terus memacu kecemerlangan dalam menyumbang kepada kemajuan negara.

Ia juga adalah ruang Perdana Menteri menyentuh pelbagai isu terkini yang melibatkan perkhidmatan awam serta hala tuju pentadbiran negara. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI