fbpx
Anwar sempat bersalaman bersama jemaah di Masjid al- Muttakin Putrajaya hari ini.

Perkukuh pendidikan agama di sekolah bendung ajaran sesat- PMX

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akan memperkukuh pendidikan agama di sekolah bagi membentengi akidah umat Islam daripada ancaman fahaman menyeleweng.

Beliau berkata, pendekatan baharu itu termasuk pendedahan kepada pengajian al-Quran dan Matan Arbain Hadis 40 Imam Nawawi bagi semua pelajar Islam.

“Tengah hari tadi saya ke Surau Al-Muttaqin, Presint 5, untuk solat Jumaat.

“Khatib mengingatkan tentang gerakan-gerakan yang mengancam akidah umat. Usaha ini diharap dapat menyuburkan budaya ilmu serta melindungi anak-anak kita daripada ajaran sesat,” katanya di media sosial hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI