PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju dengan cadangan pemansuhan syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi kemudahan cuti haji penjawat awam yang dilantik secara tetap.
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam kali ke-20 (MAPPA XX) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
“Ramai mengeluh melalui Tabung Haji dan Menteri Agama, nak pergi haji kena sahkan syarat khidmat.
“Jadi syarat pengesahan dalam perkhidmatan itu akan dimansuhkan bagi kemudahan cuti haji penjawat awam yang dilantik secara tetap,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE