fbpx
Anggota  bomba dan penyelamat membawa mangsa yang ditemui meninggal dunia di puncak air terjun di dalam hutan berhampiran Kampung Teluk Sanau, awal pagi tadi.

Pencari petai maut di puncak air terjun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALING –  Seorang lelaki yang hilang ketika mencari petai dan sayur kampung ditemukan meninggal dunia di puncak air terjun di dalam hutan berhampiran Kampung Teluk Sanau, kira-kira pukul 2.34 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis untuk membantu mengangkat mayat mangsa di lokasi kejadian pada ketinggian lebih 9 meter.

“Anggota bomba terpaksa mendaki dan menyelusuri denai dan ceruk sejauh tiga kilometer (km) untuk sampai ke puncak dan mangsa didapati tidak sedarkan diri.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut menyertai operasi itu di lokasi,”katanya kepada pemberita.

Mengulas lanjut, Zulkhairi berkata, pihaknya mengambil masa hampir dua jam untuk membawa mayat mangsa turun dengan menggunakan sked stretcher (pengusung) dan sistem tali sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI