fbpx
Aedy (kiri) memeriksa MPV milik warga Singapura yang ditahan kerana menyediakan perkhidmatan awam tanpa lesen (e-hailing) pada sidang media di JPJ Johor, Taman Daya Johor Bahru disini.-FOTO RAJA JAAFAR ALI

MPV Singapura tawar e-hailing haram, caj sampai RM4,200

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Kegiatan e-hailing haram yang dijalankan pemandu Singapura semakin berleluasa apabila mengaut untung dengan mengenakan bayaran tinggi untuk membawa penumpang warga asing termasuk dari republik itu ke Malaysia.

Bagaimanapun, operasi mereka terbantut selepas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita empat kenderaan pelbagai guna (MPV) yang digunakan dalam Ops Khas E-hailing Kenderaan Asing sejak Sabtu lalu di sekitar daerah ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, empat lelaki Singapura berusia dalam lingkungan 30 hingga 40-an itu dikesan menyediakan perkhidmatan awam tanpa lesen (e-hailing) melalui laluan Singapura bagi tujuan melancong.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kenderaan itu tidak mempunyai lesen pengendali yang sah, tidak berdaftar sebagai kenderaan perkhidmatan awam dan tiada cukai jalan.

“Siasatan mendapati mereka menggunakan platform media sosial, Whatsapp dan Telegram untuk mencari pelanggan. Kit- telah mengenal pasti lokasi hot spot mereka mengambil pelanggan.

“Mereka mengaut untung dengan mengenakan caj tinggi iaitu SGD180 (RM630) setiap penumpang untuk ke JB Sentral manakala SGD200 (RM700) untuk ke Legoland. Bagi trip pelancongan ke Ipoh, mereka kenakan bayaran SGD1,200 (RM4,200) seorang,” katanya pada sidang akhbar Ops Khas e-hailing kenderaan asing di JPJ Johor, malam kelmarin.

Empat kenderaan MPV yang disita adalah Toyota Alphard, Vellfire, Honda Spada dan Toyota Hiace.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI