fbpx
MABELLA (dua diri kiri) menyelamatkan maruah TFC apabila meledak gol penyamaan ketika mereka mengikat PDRM kelmarin.

Liga Super: TFC hampir dimalukan PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KESILAPAN mudah hampir menjerat Terengganu FC (TFC) ketika berdepan PDRM FC sebelum berjaya bangkit mengikat kedudukan 2-2 dalam aksi kedua Liga Super di laman sendiri kelmarin.

Pengendali skuad Sang Penyu, Badrul Afzan Razali berkata, para pemainnya mempamerkan aksi agak longgar terutama pada separuh masa pertama sehingga pelawat hampir berjaya membawa pulang tiga mata penuh.

“Sepuluh minit pertama, kita terlalu perlahan dan berhati-hati. Dua gol yang dilepaskan sangat mudah.

“Ia disebabkan barisan pertahanan (TFC) gagal berkomunikasi dengan baik dan (penyerang import) Yann Mabella pula tidak memanfaatkan banyak peluang berhidang,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan kelmarin.

Skuad The Cops mengejutkan tuan rumah apabila mendahului dua gol hasil ledakan ayam tambatan, Henri Doumbia sebelum TFC bangkit menyamakan kedudukan 2-2 menerusi jaringan Azam Azmi Murad dan Mabella di penghujung perlawanan.

Badrul Afzan berkata, skuad kendaliannya mensia-siakan peluang untuk meraih tiga mata berharga dengan banyak gerakan mereka mudah dipatahkan skuad lawan dan berharap kesilapan tersebut menjadi pengajaran dan tidak akan berulang lagi dalam baki saingan.

Sementara itu, pengendali PDRM, Eddy Gapil memuji ketajaman Doumbia yang meledak dua gol meskipun baru menyertai pasukan minggu lalu dan hanya terlibat dalam empat sesi latihan.

“Beliau (Doumbia) beraksi cemerlang selama 75 minit dan memberikan impak besar kepada pasukan,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI