fbpx
Allahyarham Zara Qairina

Himpunan demi Zara Qairina di Sogo, semua diminta patuhi undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap peserta Himpunan Demi Zara Qairina di hadapan Kompleks Sogo, di sini esok, sekiranya gagal mematuhi undang-undang atau arahan pihak berkuasa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya akan memudahcara perhimpunan itu namun tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana individu yang mengambil kesempatan atau melakukan tindakan di luar batas undang-undang.

“Pihak polis akan mempermudahkan perjalanan himpunan, tetapi jangan ambil peluang dan jangan ambil tindakan di luar undang-undang serta tidak mematuhi arahan. Kita akan ambil tindakan segera tanpa bertolak ansur,” katanya hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, seramai 40 anggota polis akan ditugaskan untuk memantau kelancaran dan keselamatan sepanjang himpunan berlangsung.

“Pihak polis akan membuat pemantauan dengan menempatkan anggota keselamatan di sepanjang perhimpunan berlangsung.

“Setakat ini tiada sebarang penutupan atau lencongan jalan raya di sekitar kawasan Sogo, namun langkah itu bergantung kepada situasi semasa,” ujarnya.

Beliau berkata, pihaknya akan memastikan semua peserta mematuhi peraturan dan peruntukan undang-undang sepanjang perhimpunan berlangsung.

Himpunan berkenaan difahamkan bakal berlangsung berhadapan Kompleks Sogo pada pukul 9 malam, esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI