fbpx
Hannah dan Kamarul Zaman

Hannah Yeoh fail Notis Kebankrapan terhadap pensyarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh telah memfailkan notis kebankrapan terhadap pensyarah sebuah universiti Dr. Kamarul Zaman Yusoff kerana gagal membayar ganti rugi sebanyak RM400,000 dan kos berikutan kenyataan fitnah yang dibuatnya lapan tahun lalu.

Menurut peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili Hannah, notis itu telah difailkan di Mahkamah Tinggi di sini pada 9 Julai lalu terhadap Kamarul Zaman selaku penghutang.

“Kamarul Zaman gagal membayar ganti rugi RM400,000 dan kos RM80,000 yang diarahkan Mahkamah Tinggi pada 30 Mei lalu. Jadi kami telah memulakan prosiding kebankrapan terhadapnya,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Sangeet berkata pada masa sama Kamarul Zaman telah memfailkan permohonan untuk menggantung keputusan mahkamah itu pada Julai lalu, memandangkan beliau memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut di Mahkamah Rayuan.

“Tiada lagi perintah mengenai penggantungan keputusan mahkamah itu, memandangkan permohonan penggantungan tersebut akan didengar 28 Ogos ini, oleh itu plaintif (Hannah) berhak untuk menguatkuasakan penghakiman mahkamah pada 30 Mei lalu,” kata peguam itu.

Sebelum ini, Kamarul Zaman diperintah membayar ganti rugi RM400,000 Hannah Yeoh berhubung dua hantaran fitnah dalam laman sosial Facebook lapan tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Aliza Sulaiman memutuskan demikian selepas membenarkan saman fitnah yang dikemukakan Hannah terhadap Kamarul Zaman selain mendapati Menteri Belia dan Sukan itu berjaya membuktikan kesnya.

Berdasarkan saman yang difailkan pada 2022, Hannah selaku plaintif mendakwa Dr. Kamarul Zaman memuat naik dua hantaran Facebook antara 10 Mei dan 17 Mei, 2017, iaitu beliau mendakwa bahawa Hannah mempunyai motif untuk menyebarkan Kristian menerusi politiknya.

Pensyarah itu turut memetik biografi Hannah “Becoming Hannah: A Personal Journey” bagi memacu agenda Kristian dan turut mendakwa beliau berniat untuk mengubah Malaysia menjadi negara Kristian.

Sementara dalam kenyataan pembelaannya, Kamarul Zaman berkata kedua-dua hantaran Facebooknya tidak berunsur fitnah dan mempunyai alasan yang kuat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN