fbpx
Eda Ezrin berkongsi gambar bahagia bersama suami dan anak pada Instagram di ruangan InstaStory hari ini.

Eda Ezrin kongsi gambar bahagia bersama suami, anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penyanyi Bea Soba Bea, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 33, berkongsi gambar bahagia bersama suami dan anak menerusi Instagram hari ini.

Hantaran pada InstaStory Eda Ezrin itu merupakan perkongsian pertama selepas wanita itu pulang ke pangkuan keluarga selepas menjalani tahanan selama lebih sembulan bulan di Penjara Wilayah Narathiwat, Thailand.

Kedua-dua gambar itu dikongsikan kira-kira tiga jam lalu yang mana Eda Ezrin berada di dalam kereta bersama suami dan anak.

Gambar pertama yang dikongsikan memperlihatkan Eda Ezrin bersama anaknya, manakala gambar kedua bersama suami.

Bagaimanapun, tiada sebarang gambar terkini dikongsikan pada InstaPost dengan kiriman gambar terakhir di situ ialah pada 17 Oktober 2024 iaitu sebelum dia menjalani tahanan penjara.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan, Eda Ezrin bersama suami dan empat rakan dibebaskan sepenuhnya dari tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat.

Pembebasan mereka dibuat selepas mahkamah menolak permohonan pendakwa raya untuk menyambung tempoh mengemukakan rayuan buat kali keenam.

Eda Ezrin, suaminya, Mohd. Affendi Ahmad, 35, bersama Eridieka Mohd. Noor, 33, Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, dibebaskan daripada pertuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda oleh Mahkamah Narathiwat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI