fbpx
KERETA Proton waja yang dinaiki suspek sebelum membakar diri dan kekasihnya di atas jalan berhampiran Plaza Tol Simpang Renggam, kelmarin.

Bakar kekasih: Seorang wanita, dua lelaki parah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Seorang wanita melecur teruk dan terpaksa ditidurkan selepas disimbah petrol sebelum dibakar kekasihnya dalam kejadian berhampiran Plaza Tol Simpang Renggam di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5.46 pagi itu, teman lelaki wanita itu yang berusia 44 tahun turut ditidurkan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang selepas melecur teruk.

Menurutnya, berdasarkan laporan daripada pemandu bas pekerja berusia 57 tahun, kejadian berlaku berhampiran Plaza Tol Simpang Renggam apabila seorang lelaki secara tiba-tiba menarik keluar seorang wanita dari dalam bas pekerja dipandunya ketika berhenti di kawasan berkenaan.

Katanya, melalui laporan daripada seorang lelaki yang juga pemandu bas pekerja berusia 57 tahun, kejadian berlaku berhampiran Plaza Tol Simpang Renggam apabila seorang lelaki secara tiba-tiba menarik keluar seorang wanita dari dalam bas pekerja dipandunya ketika berhenti di kawasan berkenaan.

“Selepas menarik keluar wanita itu, lelaki berkenaan telah bertindak menyimbah minyak petrol ke atas badan wanita berkenaan serta dirinya sebelum menyalakan api menggunakan pemetik api.

“Setelah melihat kejadian itu, seorang lelaki lain yang berada di kawasan berhampiran datang untuk membantu menyebabkan dirinya turut terbakar pada sebahagian tubuh badannya,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Bahrin, akibat kejadian itu, lelaki dan wanita berusia 37 tahun itu melecur teruk pada keseluruhan badan dan terpaksa ditidurkan manakala seorang lagi lelaki turut dirawat di hospital sama.

Ujarnya, susulan daripada itu, lelaki berusia 44 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 306 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tempoh boleh sampai 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan. Ketiga-tiga individu berkenaan masih dirawat di HEBHK hingga hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI