fbpx
Tertuduh (baju oren) tiba di Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini. - Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN / KOSMO!

Atuk tak mengaku ‘usik’ cucu saudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol cucu saudaranya antara tahun 2022 hingga 2023.

Tertuduh berusia 67 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.

Berdasarkan pertuduhan, pesara kerani sekolah itu didakwa didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia sembilan tahun di sebuah rumah di Kepala Batas di sini, antara 2022 hingga 2023.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Rifaie Mohamed yang kemudiannya tidak menawarkan sebarang jaminan dengan mengambil kira hubungan tertuduh dan mangsa selain kediaman mereka yang terletak berhampiran dikhuatiri menimbulkan risiko gangguan.

Bagaimanapun, peguam Yazid Khairul Azman dan Ismat Arif Abu Hassan yang mewakili tertuduh memohon jaminan dibenarkan ke atas anak guamnya.

“Tertuduh adalah duda yang memiliki empat anak, manakala isterinya telahpun meninggal dunia. Dia turut memiliki masalah kesihatan seperti darah tinggi dan sesak nafas yang memerlukan rawatan berkala selain mempunyai masalah pendengaran.

“Pihak kami memohon jaminan pada kadar minimum serta memberi jaminan bahawa anak guam akan mematuhi segala syarat tambahan yang ditetapkan oleh mahkamah,” katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin, selain menetapkan syarat tambahan iaitu melapor diri di balai polis setiap bulan serta dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai. Kes ditetapkan pada 24 September depan untuk sebutan semula serta laporan perubatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI