fbpx
KHAIRIN-NISA Ismail (kanan) menyantuni ibu Aisyah Sofia yang sedang dirawat di HSA Johor Bahru akibat kecederaan tempurung retak dipercayai selepas terjatuh kerana ditolak rakan ketika berada di sekolah.

Aisyah Sofia jalani pembedahan 7 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Kanak-kanak perempuan yang mengalami pendarahan dalam kepala setelah tempurung kepalanya retak dipercayai akibat ditolak rakan di sekolah telah selamat menjalani pembedahan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Khairin-Nisa Ismail berkata, pembedahan yang dibuat pada Selasa lalu itu berlangsung selama tujuh jam dan kanak-kanak itu ketika ini stabil dan sedang dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

“Kanak-kanak ini terjatuh di tapak perhimpunan sekolah, Isnin lalu. Difahamkan kejadian berlaku pada pukul 6.45 petang ketika murid menemani ibunya yang sedang membuat persiapan pentas untuk Program Sambutan Hari Lahir Peringkat Sekolah.

“Ketika bermain bersama rakan sebaya, kanak-kanak ini telah terjatuh. Keadaan kelihatan normal tanpa kecederaan luaran sehingga malam, namun sekitar pukul 2 pagi keesokannya dia didapati tidak sedarkan diri.

“Dia kemudian dibawa ke Hospital Mersing, sebelum dihantar ke HSA dan telah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan pendarahan yang berlaku tersebut,” katanya selepas melawat ibu kepada kanak-kanak berkenaan, di sini.

Selasa lalu, ibu kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Zalinda Lin memohon orang ramai menitipkan doa buat anak perempuannya, Aisyah Sofia Rohaizan yang sedang bertarung nyawa selepas dipercayai ditolak rakan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI