fbpx
JDT terpaksa berdepan tiga pasukan dari Jepun pada undian ACLE musim baharu kali ini.

ACLE: JDT berdepan cabaran tidak mudah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tugasan mencabar menanti wakil tunggal Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Liga Juara-Juara Elit (ACLE) musim ini apabila bakal berdepan tiga kelab Jepun.

Tiga kelab Jepun itu adalah Vissel Kobe, FC Machida Zelvia dan Sanfrecce Hiroshima, malah undian yang dilakukan sebentar tadi turut menyaksikan JDT bakal berdepan tiga wakil China, Shanghai Port, Shanghai Shenghua FC dan Chengdu Rongcheng.

Paling menarik, aksi awal saingan musim ini menyaksikan JDT sekali lagi akan membuat perhitungan dengan seteru serantau, Buriram United dan kelab dari Australia, Melbourne City.

Pertemuan dengan skuad Thunder Castle juga membuka peluang untuk melunaskan dendam selepas kelab Thailand itu menyingkirkan JDT pada aksi 16 terbaik pada saingan musim lalu.

JDT akan bermain di tempat sendiri menentang Shanghai Port, Vissel Kobe, Shanghai Shenghua FC, FC Machida Zelvia dan selebihnya akan bermain di gelanggang lawan.

Aksi pusingan awal dijadualkan berlangsung pada 15 September hingga 18 Februari tahun depan dimana lapan pasukan teratas akan layak ke pusingan kalah mati. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI