fbpx
: AARON dan Wooi Yik mara ke lima final dan memenangi tiga daripadanya termasuk Kejohanan Badminton Asia, Terbuka Thailand dan Terbuka Singapura musim ini.

Aaron-Wooi Yik mampu rangkul juara dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIMA final dan tiga gelaran yang diraih pada saingan musim ini menjadikan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik sebagai pilihan terbaik bagi memenangi Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris, Perancis.

Keyakinan itu disuarakan legenda badminton tanah air, Datuk Razif Sidek yang menyifatkan pasangan No.2 dunia tersebut memiliki peluang hampir 80 peratus bagi menjadi juara dunia buat kali kedua.

Razif berkata, ia juga disebabkan hasil undian yang dilihat agak memihak kepada Aaron-Wooi Yik di mana mereka serta dua lagi beregu negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun mendapat ‘bye’ ke pusingan kedua.

Justeru, beliau percaya pemenang dua pingat gangsa Sukan Olimpik itu mampu mengulangi pencapaian 2022 di mana mereka menjadi juara dunia yang juga gelaran pertama Malaysia dalam sejarah Kejohanan Dunia.

“Pertama sekali kita perlu tengok dari segi laluan dan bagi saya ia satu perkembangan yang bagus kerana kita mendapat ‘bye’. Selain itu, kita juga memiliki empat wakil (beregu lelaki), jadi harap dapat jadi juara dunia.

“Peluang terbaik memang menerusi Aaron-Wooi Yik kerana dari segi prestasi, mereka memang cemerlang tahun ini. Bagi saya, mereka memiliki peluang 80 peratus untuk mara ke final dan menjadi juara,” katanya.

Hasil undian yang dilakukan kelmarin, Aaron-Wooi Yik mendapat ‘bye’ untuk ke pusingan kedua dan akan menantikan pemenang perlawanan antara beregu Sepanyol, Daniel Franco-Rodrigo Sanjurjo dan Christopher Grimley-Matthew Grimley dari Scotland.

“Saya harap mereka melakukan persiapan rapi selain mental berada dalam keadaan yang baik sebelum Kejohanan Dunia. Kehadiran Herry dan Rexy Mainaky juga sedikit sebanyak memberikan mereka keyakinan,” ujar Razif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI