fbpx
Lima lelaki Pakistan yang dicekup di dalam sebuah kereta Perodua Myvi di Kampung Telaga Tujuh, Machang kelmarin. FOTO IHSAN PGA

2 tekong darat Pakistan dicekup bawa 9 PATI dalam Myvi, Avanza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MACHANG – Cubaan dua tekong darat warga Pakistan untuk menyeludup sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang merupakan rakan senegara mereka gagal selepas Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua buah kenderaan di dua lokasi berasingan di sini kelmarin.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Ab. Hamid berkata, tangkapan pertama dijalankan kira-kira pukul 9.30 malam di lebuh raya pintasan Machang – Kuala Krai di sini.

Menurutnya, anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza yang dinaiki enam lelaki warga Pakistan.

“Pemandu kenderaan yang berusia 31 tahun menunjukkan pasport yang sah, namun lima penumpangnya memiliki pasport yang telah tamat tempoh dan tidak mempunyai cop masuk ke negara ini,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, tangkapan kedua pula dijalankan pada hari yang sama di Kampung Telaga Tujuh di sini kira-kira pukul 10.10 malam semasa menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati, mendapati lima lelaki warga Pakistan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

“Pasport pemandu kereta yang berusia 32 tahun didapati tamat tempoh manakala empat orang penumpang yang lain tidak mempunyai cop masuk yang sah untuk masuk ke negara ini.

“Lapan warga Pakistan yang ditahan dalam kedua-dua kes itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Machang untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

Beliau berkata, dua pemandu kenderaan itu disiasat mengikut Seksyen 26(J) Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 manakala enam penumpang ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI