fbpx
Tangkap layar memaparkan seorang penunggang motosikal dengan ‘tenang’ berlalu pergi setelah melanggar bahagian belakang kereta bunga mengakibatkan kerosakan.

[VIDEO] Tenang sahaja lepas langgar kereta orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aksi Seorang penunggang motosikal dilihat ‘tenang’ meninggalkan lokasi selepas melanggar bahagian belakang sebuah kereta dalam satu kejadian yang tular di media sosial menarik perhatian netizen.

Menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang dikongsi di media sosial, kelihatan penunggang terbabit langsung tidak berhenti walaupun pelanggaran itu menyebabkan bahagian belakang kereta tersebut rosak teruk dan tercabut.

Insiden dipercayai berlaku ketika penunggang berkenaan tidak memandang ke hadapan, sebaliknya memandang ke arah lain sebelum melanggar kenderaan di depannya.

Pemandu kereta yang terlibat dilihat terpinga-pinga sebaik keluar memeriksa keretanya yang mengalami kerosakan pada bampar belakang.

Pelbagai reaksi ditunjukkan oleh netizen berkenaan hantaran tersebut.

“Aduhai, bertanggungjawab la sikit. Kesian pak cik tu,” kata @Nadila Mohammad.

“Dah tular video ni, tak tenang dah hidup si penunggang motosikal tu,” ujar @Joe Fareez.

“Dah ada video, jom cari dia. Mana dia nak lari?” Komen @HM Nasir Abdullah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI