fbpx
Tangkap layar kejadian tersebut.

[VIDEO] Nasib baik sempat belok, kalau tak ‘lunyai’ kereta kami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki memukul cermin kereta orang awam tanpa sebab mengundang kecaman pengguna di media sosial.

Menerusi klip video yang dikongsi di laman Facebook Ema Zymah, kejadian tersebut dirakam di sebuah kawasan di Sarawak awal pagi tadi.

Bagaimanapun tidak dinyatakan lokasi tepat kejadian terbabit.

Jelas individu tersebut, lelaki berkenaan bertindak ‘menumbuk’ semua cermin kereta yang melalui kawasan berhampirannya.

“Laki aku ambil video, beberapa kereta di depan kena tumbuk. Nasib baik kereta kami saya sempat belok, kalau berhenti mahu lunyai kereta kena tumbuk.

“Tahan lasak betul tangannya (tangan pelaku). Area jambatan nak ke kubah. Hati-hati lock (kunci) pintu kereta,”tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna mengecam tindakan lelaki terbabit kerana mengganggu ketenteram awam.

“Apahal tumbuk cermin…bagus tumbuk simen atau dinding bangunan barulah orang kata ‘power of the man’,”kata Nazeri Ahmad.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mohd Azreen.

“Dari pukul 6 pagi lagi, lalu dekat jambatan gantung dah macam ini,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN