fbpx
Sukarelawan menangkap ular sawa di rumah Kasorn. - Khaosod

Ular sawa telan kucing, nenek ketakutan berjaga sepanjang malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang warga emas terpaksa berjaga sepanjang malam bagi mengelakkan seekor ular sawa daripada memakan kucing-kucing peliharaannya, lapor laman berita Thaiger.

Kasorn, 74, berkata, dia mendengar bunyi bising yang aneh pada waktu malam sebelum mengesan seekor ular sawa di dalam rumahnya pada 10 Ogos lalu.

Wanita kurang upaya itu tinggal berseorangan bersama lima ekor kucing.

Ketika melihat ular tersebut, dia percaya reptilia itu menyasarkan kucing-kucingnya selepas salah seekor daripada haiwan peliharaannya itu didapati hilang.

Ia menyebabkan Kaesorn  terpaksa berjaga sepanjang malam bagi mengelakkan ular itu daripada memakan kucing-kucingnya yang lain.

Kaesorn cuba menghalau ular tersebut sebelum ia bergerak ke arah dapur dan hilang daripada pandangan.

Keesokan harinya, Kaesorn memanggil sebuah pertubuhan menangkap ular sebelum mereka menemukan reptilia itu di atas siling rumah.

Ular itu akhirnya berjaya ditangkap dan diukur bersaiz 3.9 meter panjang. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN