fbpx
MAT Sham Ahmad mewakili Tanjung Tuan Properties Sdn. Bhd dan seorang lagi OKS didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan gagal melunaskan bayaran cukai perkhidmatan bagi dua tempoh bercukai pada 2024. -Foto NOR SHAFAWATI YUP / KOSMO!

Dua ahli lembaga pengarah didakwa gagal bayar cukai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Sebuah syarikat yang menjalankan perkhidmatan penginapan dan dua ahli lembaga pengarahnya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan gagal melunaskan bayaran cukai perkhidmatan bagi dua tempoh bercukai pada 2024.

Orang Kena Saman (OKS) Mat Sham Ahmad, 70, sebagai ahli lembaga pengarah yang turut mewakili syarikat terbabit serta seorang lagi OKS, Md Samlan Ahmad, 66, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.

Mengikut dua pertuduhan, Tanjung Tuan Properties Sdn. Bhd., Mat Sham dan Md Samlan sebagai Orang Kena Cukai di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018, telah didapati gagal atau lewat membayar cukai bagi tempoh bercukai 1 Mei hingga 30 Jun 2024 dan 1 Julai hingga 31 Ogos 2024 sebagaimana ditetapkan di bawah Seksyen 26(4) Akta Cukai Perkhidmatan 2018.

Kesalahan itu dilakukan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia , Port Dickson pada 31 Julai 2024.

Sehubungan itu, mereka telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 26(8) Akta Perkhidmatan Cukai 2018 dan dibaca bersama Seksyen 78(1) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nadia Mohd. Rais manakala OKS tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 16 Oktober depan untuk tarikh serahan dokumen dan lantikan peguam. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI