fbpx
Sultan Sharafuddin berkenan melihat replika model MDA hari ini . -Foto AFIQ RAZALI / KOSMO!

Sultan Selangor rasmi Menara Dius Api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Menara Dius Api (MDA) di Ibu Pejabat Jabatan Laut Malaysia (JLM), hari ini.

MDA setinggi 12 tingkat ini telah mula dibina pada 1 Disember 2017 dengan kos pembinaan sebanyak RM93.6 juta dengan menggunakan peruntukan Lembaga Dius Api.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kehadiran MDA membolehkan JLM lebih efisien menguruskan trafik maritim yang tinggi dan memastikan keselamatan pelayaran demi kelancaran operasi di perairan negara.

Katanya, dalam konteks keselamatan maritim, peranan Pusat Kawalan Trafik Vessel (VTS) yang dikendalikan oleh JLM di menara ini amat kritikal dan tidak boleh dipandang ringan.

“Pusat VTS ini memantau secara langsung (live) pergerakan ribuan kapal setiap hari.

“Ia memberikan maklumat navigasi dan memberi amaran awal mengenai potensi bahaya,” katanya ketika berucap pada perasmian itu.

Jelas Anthony, Selat Melaka adalah salah satu laluan perkapalan tersibuk di dunia dengan secara purata dilalui kira-kira 200 kapal setiap hari.

Ini termasuk kapal tangki minyak gergasi, kapal kargo kontena dan pelbagai jenis kapal dagang lain yang membawa kira-kira satu perlima daripada jumlah
perdagangan global.

“Justeru, keberadaan dan kecekapan operasi VTS adalah benteng utama dalam mencegah perlanggaran kapal, menguruskan situasi kecemasan maritim seperti tumpahan minyak atau kapal terkandas.

“Seterusnya memastikan aliran perdagangan maritim berjalan lancar dan selamat,” ujarnya.

Tegasnya, tanpa sistem VTS yang cekap dan moden, risiko kemalangan di laut akan meningkat dengan ketara sekaligus boleh menjejaskan ekonomi negara, mencemarkan alam sekitar dan mengancam nyawa.

“MDA yang baharu ini juga merupakan platform untuk memperkukuh kerjasama strategik antara Kementerian Pengangkutan, JLM dengan pelbagai agensi lain, baik di peringkat persekutuan mahupun negeri, serta industri maritim,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI