fbpx
Rafizi

Sama ada disuntik itu dadah atau racun – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan anak lelakinya dalam keadaan baik setakat ini, 24 jam selepas dicucuk jarum suntikan ketika diserang dalam kejadian di pusat beli-belah di Putrajaya.

Beliau berkata, anak lelakinya yang berusia 12 tahun itu telah melakukan pemeriksaan awal termasuk ujian darah dan pemerhatian daripada pasukan perubatan Hospital Universiti Putra Malaysia.

“Ada tiga kemungkinan, ini pandangan saya yang bukan perubatan. Ujian perubatan itu perlu menunggu lagi. Sama ada yang disuntik itu dadah atau racun, kedua ialah berbentuk virus, hepatitis, HIV dan lain-lain.

“Ketiga, ia hanya kosong, suntik air. Untuk tempoh 24 jam pertama, keutamaannya selain daripada ujian darah, untuk kita tolak kemungkinan dadah atau racun.

“Setakat ini dia nampak okay, tak ada kesan segera,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Beliau berkata, anaknya juga perlu melalui ujian darah sekali lagi pada masa akan datang, manakala pemerhatian masih diteruskan termasuk perubahan sikap sekiranya ada. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN