fbpx
Kebakaran melibatkan sebuah rumah di Felda Sungai Tengi, pagi tadi. - Foto JBPM

Rumah, 8 kenderaan musnah dalam kebakaran di Felda Sungai Tengi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Sebuah rumah teres setingkat bersama sebuah kereta dan tujuh motosikal musnah dalam kebakaran di Jalan Temenggong, Felda Sungai Tengi, di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.27 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Bukit Sentosa dan Balai Bomba Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di tempat kejadian pada pukul 10.09 pagi, kebakaran melibatkan rumah teres kelas A berkeluasan 40×80 kaki persegi itu telah 80 peratus terbakar.

“Sebuah kereta dan tujuh buah motosikal turut musnah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, seorang lelaki yang berada di dalam rumah berjaya menyelamatkan diri namun mengalami kecederaan ringan sebelum dihantar ke hospital oleh orang awam.

Menurut Ahmad Mukhlis, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 10.30 pagi dan punca kejadian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI