fbpx
HEE SEM (dua dari kiri) melihat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin memangku anaknya ketika mendapatkan vaksin sempena MR SIA di Klinik Desa Paya Rumput, Melaka. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI / KOSMO!

Program imunisasi kurangkan kes demam campak di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Kes measles atau demam campak di Melaka dijangka menurun pada tahun ini susulan keberhasilan pelaksanaan program imunisasi tambahan berskala kecil kepada kanak-kanak sejak 2023.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, demam campak telah menunjukkan trend menaik sejak 2021 dengan lima kes diikuti 18 kes pada 2022, 34 kes (2023) dan sebanyak 52 kes pada tahun lepas.

“Kita lihat untuk setengah tahun ini jumlah kes tidak terlalu banyak berbanding tahun lepas. Pemberian imunisasi tertumpu di kawasan berisiko tinggi yang pernah merekodkan kes di sekitar daerah Jasin, Melaka Tengah dan Alor Gajah,” katanya selepas meninjau Aktiviti Imunisasi Tambahan Measles-Rubella (MR SIA) di Klinik Desa Paya Rumput di sini, lewat petang semalam.

Tambah Hee Sem, seramai 22,879 daripada 46,500 kanak-kanak berusia enam bulan hingga 59 bulan telah telah menerima vaksin MR dan MMR dalam tempoh 10 hari sejak program itu dilaksanakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 4 Ogos lalu.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI