SEBERANG PERAI – Himpunan Solidariti Jalur Gemilang yang berlangsung secara aman bertukar sedikit kecoh susulan provokasi yang dilakukan sekumpulan individu di Kepala Batas di sini, hari ini.
Difahamkan, individu dan wakil dari Lawyers For Liberty dilihat memegang sepanduk ‘Jangan Bersikap Zionist’ dan ‘Kesilapan Bukan Jenayah’ di hadapan sebuah kedai peralatan elektronik Taman Bertam Permatang sekali gus menimbulkan kemarahan penyokong yang berarak.
Terdahulu, lebih 500 individu yang diketuai Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berarak tapak pasar malam Kepala Batas sejauh lebih 1.4 kilometer ke kedai peralatan elektronik terbabit.
Baru-baru ini, tular satu rakaman video berdurasi 21 saat yang memaparkan seorang lelaki mengibarkan Jalur Gemilang pada sebatang besi dalam keadaan terbalik di media sosial.
Individu terbabit kemudiannya ditahan polis bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan. -KOSMO! ONLINE