fbpx
Penduduk setempat memasang kain rentang bagi memprotes ajaran Umi Cinta. - Kaldera News

Pengikut Umi Cinta bayar RM260 jaminan ‘masuk syurga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Majlis Agama Islam Indonesia (MUI) menyiasat seorang wanita digelar Umi Cinta yang didakwa menyampaikan ajaran sesat dengan mengenakan bayaran sebanyak 1 juta rupiah (RM260) sebagai jaminan masuk syurga, lapor laman berita Detik hari ini.

Kegiatan itu berlaku di Kota Bekasi, wilayah Jawa Barat.

Menurut penduduk setempat, orang ramai kerap dilihat pergi ke rumah Umi Cinta termasuk kanak-kanak.

Sehingga kini, pengikut Umi Cinta dikatakan sudah mencapai berpuluh-puluh orang.

Seorang bekas pengikut Umi Cinta berkata, wanita itu meminta bayaran sebanyak 1 juta rupiah daripada pengikutnya sebagai wang ‘infak’ untuk masuk syurga.

Susulan dakwaan itu, Ketua MUI Kota Bekasi, Saifuddin Siroj berkata, pihaknya sudah memanggil Umi Cinta semalam untuk memberi keterangan, namun wanita tersebut tidak hadir.

“Kami masih menyiasat semua dakwaan yang dikemukakan, khususnya kebimbangan daripada masyarakat setempat mengenai pelaksanaan pengajian agama yang mereka anggap agak pelik,” kata Saifuddin.

Tambahnya, terdapat beberapa isu utama yang diberi perhatian iaitu pertama, pengajian agama secara tertutup.

“Kedua, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Ketiga, kami masih mengesahkan dakwaan bayaran 1 juta rupiah untuk ‘masuk syurga’,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI