fbpx
SUSPEK diiringi anggota polis bagi mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Melaka. - Foto oleh HAMIZAN MISKON / KOSMO!

Pembantu kedai intai anak tiri mandi direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang pembantu kedai direman lima hari bermula hari ini selepas disyaki melakukan amang seksual dan mengintip anak perempuan tirinya yang berusia 15 tahun ketika mangsa mandi serta tidur, sejak Mei lalu.

Perintah reman sehingga 18 Ogos itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Melaka, N. Sivashangari terhadap suspek lelaki berusia 41 tahun itu bagi membolehkan siasatan dilakukan pihak polis mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Menurut sumber, kejadian bermula pada 30 Mei lalu selepas berlaku perselisihan faham antara mangsa, yang juga merupakan pengadu dengan ibunya di kediaman mereka di Duyong.

“Selepas perselisihan faham itu berlaku, tiba-tiba suspek bertindak memeluk erat mangsa, yang pada awalnya dipercayai cuba untuk memujuknya.

“Namun pada 10 Jun lalu, lelaki itu telah menghantar mesej memberitahu ingin memeluk lagi tetapi mangsa menolak dan memberikan alasan berasa tidak selesa,” katanya.

Tambahnya, mangsa juga mendakwa bapa tirinya sering mengintip ketika dia sedang mandi dan tidur, tingkah laku lelaki itu membuatkan pengadu ketakutan sebelum memaklumkan perkara itu kepada ibunya pada Selasa lalu.

“Mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Kandang pada hari yang sama.

“Susulan itu, sepasukan anggota dari Cawangan D11 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka berjaya menahan suspek petang semalam dan permohonan reman dibuat pagi ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI