fbpx
ARIF Aiman yang masuk sebagai pemain gantian berjaya meledak gol untuk membantu JDT bangkit menewaskan NSFC kelmarin.

Liga Super: JDT terima pengajaran terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz akui skuad Negeri Sembilan FC (NSFC) telah memberi pengajaran berguna buat JDT dalam pertembungan Liga Super yang menyaksikan Harimau Selatan terpaksa berhempas pulas untuk menang 5-3, malam tadi.

Munoz berkata, skuad kendalian Mohd. Nidzam Jamil itu membuka matanya setelah berjaya merobek benteng pertahanan dan menjaringkan tiga gol dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim itu.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu juga mengakui kelemahan pasukan yang memberi ruang kepada pasukan lawan untuk menguasai di bahagian tengah, malah berpeluang mencipta gerakan untuk menjaringkan dua gol dalam tempoh kurang 15 minit.

“Ini adalah perlawanan yang perlu jadi pengajaran buat JDT. Kita perlu sedar apabila bermain di laman sendiri, kita perlu lebih agresif seperti perlawanan pembukaan minggu lalu di mana kita menjaringkan gol seawal minit pertama.

“Bagaimanapun, saya ambil positif keputusan ini, walaupun ada kesilapan dilakukan kita berjaya mengatasinya dan bangkit semula dengan mempamer aksi lebih bertenaga dan memberi tekanan kepada lawan.

“Pergerakan transisi kepada menyerang itu perlu diperkemaskan, NSFC nampak kelemahan itu dan mereka guna kesempatan untuk melakukan serangan balas. Saya akui masih ada ruang untuk diperbaiki dan mereka mengajar kami sesuatu yang berguna hari ini,” katanya.

Dalam perlawanan malam tadi, JDT yang ketinggalan 0-2 terpaksa bermandi peluh untuk mempamer kebangkitan apabila menang 5-3.

Munoz turut memuji aksi pemain tempatan, Arif Aiman Hanapi dan Afiq Fazail yang bermula dari bangku simpanan dan seterusnya mengubah rentak permainan apabila dibawa masuk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI