fbpx
Panel hakim Mahkamah Rayuan berpendapat Siti Bainun (kiri) sepatutnya menjaga Bella (kanan) dengan baik semasa dalam jagannnya seperti yang diamanahkan.

Kes Bella: Mangsa seorang OKU sepatutnya dikasihani, dijaga dengan baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Panel hakim Mahkamah Rayuan berpendapat Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali sepatutnya menjaga dengan baik remaja perempuan sindrom Down, Bella semasa dalam jagannnya seperti yang diamanahkan.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Azman Abdullah berkata, apatah lagi mangsa dalam kes itu mangsa tergolong orang kelainan upaya (OKU) yang mana golongan ini sepatutnya dikasihani berpadanan dengan tugas perayu itu sendiri.

“Bukan setakat sesama manusia, tetapi haiwan sekalipun tidak terfikir akal yang waras ini untuk mendatangkan kecederaan. Dengan ini bagi ingatan kepada bukan sahaja kepada perayu, malah kepada kita semua, orang awam, agar takut dengan hukuman undang-undang yang ada, walaupun kita boleh membuat sewenang-wenangnya ke atas sesiapa yang kita fikir ia tidak berpadanan untuk melawan kita,” kata hakim Azman.

Terdahulu, Siti Bainun kekal dihukum penjara 12 tahun oleh Mahkamah Rayuan di sini hari ini atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down, Bella empat tahun lalu.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Azman selepas menolak rayuan akhir Siti Bainun ,33, selaku perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman.

Penghakiman lanjut turut menyatakan kecederaan dialami Bella berusia 13 tahun pada ketika kejadian seperti dalam keterangannya bukan berdiri sendiri, sebaliknya disokong keterangan saksi mata Saksi Pendakwaan Kelima (SP5), Yasmin Nahar, SP8, Suhana Zam serta beberapa pegawai dan pakar perubatan.

Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Azmi Ariffin dan Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz.

Siti Bainun memfailkan rayuan akhir pada 2 Mei 2024 bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun yang dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI